Integrasi Ekonomi dan Perpaduan Kebangsaan
1. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
2. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
1.1

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1970-1990) oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak . Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
A. mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
B. mempercepatkan proses penyusunan semula ekonomi Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
1.2
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
1. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
2. Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
3. Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
4. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
1.3
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
2.1
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB.1991-2000
2.2
DPN merangkumi perkara berikut :-
1.Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama.
2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.
3.Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan Negara.
4.Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri dan kawasan-kawasan.
5.Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi.
6.Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif.
7.Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi.
8.Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunannegara dapat dikekalkan secara berterusan.
2.3
Fokus Utama DPN ialah:-
1. Pembasmian kemiskinan
2. Penyusunan semula masyarakat
3. DPN memberi fokus pada strategi berikut :-
4. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan.
5. Persaingan dalam pasaran antarabangsa.
6. Wawasan Malaysia akan muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Kumpulan 2
1.Li Sze Jia
2.Koh Yui Xien
3.Khaw Qiao Hui
4.Cheah Wyen Sim
5.Lim Wei Jie

Comments
Post a Comment